Wednesday, 3 October 2012

DeHearty - Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


*Kutujukan lagu ini sbg peringatan 

utk diri ku, anak2ku, saudara2ku, rakan2ku, 
dan muslimat seluruh dunia~

Sesungguhnya wanita sentiasa menjadi penyeri dunia,
walau dalam cara berbeza...
Hadirmu sentiasa dirindui semua
istimewa nya wanita dlm pelbagai cara

Penuhi jiwa mu dgn ilmu yang tidak bertepi,
agar akalmu sentiasa cerdas bfikir
hatimu tidak lengkap tnpa iman yang teguh
semoga diri mu sentiasa terpelihara

kita diciptakan dr rusuk lelaki
bukan kaki utk di jdkan hamba, dipaksa dan terpaksa
bukan kepala utk diagung2kan, dipuji, & dipuja, jgn terpedaya
tapi hampir dgn bahu utk di pelihara, dijaga sebaiknya, dihargai setulusnya
rusuk melindungi hati, utk disayangi, dicintai, dipenuhi dgn sgl perasaan kasih
wanita hiasan dunia yang mampu membahagiakan malahan membinasakan...

tanpa asas ilmu, didikan agama, yang sempurna...
mustahil lahirnya seorang wanita yang solehah
peribadi yang terbentuk perlukan asaa yang kuat..,
daripada insan yang mendidik nya...

penuhi dirimu dengan keimanan, dan ketaqwaan thdp Allah swt
usah dikagumi harta ataupun pujian manusia disekelilingmu, mereka jua hamba ciptaan Allah yang tidak kekal, apatah lagi sempurna...
supaya dirimu tidak derita berpegang kepada yang mampu membinasakan mu

jadikan lah dirimu istimewa...
tempatkan lah diri mu di tempat yang istimewa...
sayangi diri mu...
kasihi dirimu...
dengan kasih sayang Allah terhadap Mu...
kerana kasih Nya kekal,
sayang Nya abadi...

wahai wanita, ciptaan Allah yang istimewa
kelembutan mu, bukan lah kelemahan mu, bukan lah penghinaan buat mu..,
ianya hiasan  diri mu, pelengkap kecantikan mu...
senjata buat mu, menempuhi perjuangan kehidupan menemui Ilahi...

*walau apa pun yang terjadi... kembalilah kepada ILAHI...
hanya Dia yang Maha Mengerti, hanya Dia yang Maha Mengetahui...
sesungguhnya kehidupan tak kan pernah kita terjangka...
siapa, bila, apa, dimana, atau kenapa...
segala yang terjadi adalah ketentuan Nya...
berdasarkan pd setiap pilihan yang pernah kita cipta...
oleh itu, jangan pernah kita lupa... jangan pernah kita leka...
terus lah berpegang kepada Nya,
sentiasa lah merujuk kepada Nya,
kembali lah kepada Nya,..
setiap kali membuat keputusan,
atau mengambil sebarang tindakan...
kerana yang telah berlaku,
pasti tk akan berulang kembali... :'(

No comments:

Post a Comment